Monday, October 20, 2014

Penganjuran yang Berjaya!

Satu lagi penaja catur di negeri Selangor..

Buat julung kalinya, satu kejohanan catur terbuka telah berjaya dijalankan dan berlangsung dengan jayanya pada 19 Oktober 2014 (Ahad) di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar Selangor. Kejohanan ini ditaja sepenuhnya oleh Din's Frozen and Supplier dan Din's Cafe, dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise, sebuah syarikat catur yang aktif mengendalikan kejohanan atau pertandingan catur di Malaysia.
Sambutan yang memuaskan telah diterima dari para peserta tempatan di mana sejumlah 115 peserta telah mengambil bahagian di dalam kejohanan yang pertama ini. Para peserta dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Terbuka/Bawah 17/Bawah 12 tahun, bermain sebanyak 6 pusingan Swiss dengan kawalan masa 20 minit seorang.
Jom kita layan beberapa gambar menarik yang sempat diambil semasa berlangsungnya acara ini..





















 
En. Mohd Fadli Zakaria-pengurus Cerdik Catur Enterprise bersama Tuan Hj. Mahyuddin Syuib - Pengurus Besar Din's Frozen And Supplier dan Din's Cafe

No comments:

Post a Comment