Monday, October 20, 2014

Penganjuran yang Berjaya!

Satu lagi penaja catur di negeri Selangor..

Buat julung kalinya, satu kejohanan catur terbuka telah berjaya dijalankan dan berlangsung dengan jayanya pada 19 Oktober 2014 (Ahad) di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar Selangor. Kejohanan ini ditaja sepenuhnya oleh Din's Frozen and Supplier dan Din's Cafe, dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise, sebuah syarikat catur yang aktif mengendalikan kejohanan atau pertandingan catur di Malaysia.
Sambutan yang memuaskan telah diterima dari para peserta tempatan di mana sejumlah 115 peserta telah mengambil bahagian di dalam kejohanan yang pertama ini. Para peserta dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Terbuka/Bawah 17/Bawah 12 tahun, bermain sebanyak 6 pusingan Swiss dengan kawalan masa 20 minit seorang.
Jom kita layan beberapa gambar menarik yang sempat diambil semasa berlangsungnya acara ini..





















 
En. Mohd Fadli Zakaria-pengurus Cerdik Catur Enterprise bersama Tuan Hj. Mahyuddin Syuib - Pengurus Besar Din's Frozen And Supplier dan Din's Cafe

KEPUTUSAN PENUH & SENARAI PEMENANG HADIAH KEJOHANAN CATUR TERBUKA SG BESAR 2014

Untuk melihat keputusan penuh kejohanan, sila klik di link yang disediakan berikut:
1) Kategori Terbuka
2) Kategori Bawah 17 tahun
3) Kategori Bawah 12 tahun

Berikut pula adalah senarai pemenang hadiah:


Gambar pemenang-pemenang hadiah

253 257 259 261 262 263 264 265 267 268 269 270 271 272 273 274 275

Pemenang Hadiah Kategori Bawah 17 tahun:

279 280 281 282 284 285 286 287 288 289 290 291 292 293 295 

Pemenang Hadiah Kategori Terbuka:

298 299 300 301 302 303 304 305 306 307 308 309 310 311 313 314 316 317 318 319

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan pihak penaja (Din's Frozen And Supplier dan Din's Cafe) yang telah memberikan sokongan padu dan kerjasama yang baik sepanjang penganjuran kejohanan catur yang julung kali diadakan di Sg. Besar ini…Jumpa lagi di tahun hadapan InsyaAllah.